Selasa, 02 Oktober 2007

Asal Mula Tamanan Serai dan Kasiatnya


Tanaman Serai (Cymbopogon nardus) dipercayai berasal dari Selatan India atau Sri Lanka. Serai Wangi juga tumbuh liar di kebanyakan negara di Asia Tropika, Amerika dan Afrika.

Serai banyak digunakan dalam masakan melayu , indonesia dan thailand. antara masakan yang menggunakan serai ialah tomyam, rendang dan kerabu. selain daripada itu
serai juga digunakan dalam rawatan aromaterapi. minyak pati yang diekstrak dari serai juga digunakan sebagai sabun.

Khasiat serai wangi tidak terkira. Ia mampu melegakan kesakitan otot, obat penyakit kulit , bertindak sebagai anti septik dan digunakan secara aktif dalam dunia perobatan dan pembersihan tradisional sejak turun temurun.

Minyak serai wangi juga digunakan dalam rawatan aroma terapi yang didapati berkesan menaikkan semangat dan mengembalikan kesegaran minda.

Bagi kebanyakan wanita dulu, selepas melahirkan anak, bidan biasanya memandikan mereka dengan air serai wangi. Ia bertujuan menghilangkan bau hanyir selepas bersalin, bau badan serta meningkatkan kesegaran badan.

Kegunaan serai :

Mengandung berbagai jenis minyak yang diperlukan tubuh badan manusia.

Ada beberapa campuran seperti citral, limonena dan methyl heptonen.

Haruman dan aroma yang terhasil daripada pokok serai ini sebenarnya disebabkan oleh limonena dan campuran citral yang terkandung di dalamnya.

Dua jenis bahan kimia lain daripada pokok serai yaitu campuran Cymbopogonol dan Cymbopogon.

Spesies lain digunakan dalam industri minyak wangi adalah Cymbopogon martini (disuling menjadi minyak palmarosa) dan Rumput Citronella (Cymbopogon winterianus Jowitt) dari mana minyak Citronella didapati.

Tidak ada komentar: